PENYANYI popular, Britney Spears dilaporkan telah berpisah dengan suaminya Sam Asghari selepas didakwa sering bertengkar susulan dakwaan penyanyi itu berlaku curang.

Menurut TMZ, Sam berkonfrontasi dengan Britney sekitar minggu lalu berkenaan dengan salah laku isterinya itu.

Portal tersebut turut melaporkan, Sam kini sudah berpindah keluar daripada rumah dan tinggal di lokasi berlainan.

Difahamkan, Sam telah memfailkan perceraian terhadap isterinya.

Dalam pada itu, Britney dilaporkan telah menandatangani perjanjian pranikah yang melindungi asetnya selepas mendirikan rumah tangga dengan Sam.

Britney dan Sam mula menjalinkan hubungan pada 2016 selepas mereka berdua disatukan dalam klip video Slumber Party.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 9 Jun 2022. -Gempak